Hideki Irabu
Hideki Irabu

Hideki Irabu

Hideki Irabu (伊良部 秀輝, Irabu Hideki, 5 Mei 1969 – 27 Julai 2011) merupakan bekas pemain besbol Jepun yang berasal daripada keturunan campuran Amerika dan Jepun. Beliau telah beraksi secara profesional di negara Jepun dan Amerika Syarikat. Irabu pernah bermain untuk pasukan Lotte Orions / Chiba Lotte Marines dan Hanshin Tigers dari Nippon Professional Baseball (NPB) serta pasukan New York Yankees, Montreal Expos dan Texas Rangers dari Major League Baseball (MLB).Irabu melakukan penampilan sulungnya di NPB pada tahun 1988 dan beraksi untuk pasukan itu sehingga musim 1996. Dengan impian untuk beraksi di MLB, Marines menjual Irabu kepada pasukan San Diego Padres setelah mencapai persetujuan walaupun Irabu ingin bermain bersama Yankees. Apabila Irabu menolak untuk beraksi bersama San Diego, pasukan itu bersetuju menjualnya kepada Yankees dan hasilnya telah membawa kepada perkembangan posting system. Irabu merupakan anggota Yankees yang menjuarai World Series pada 1998 dan 1999 sekali gus menjadi pemain kelahiran Jepun pertama yang pernah memenangi World Series.Irabu terus beraksi di MLB sehingga 2002 sebelum pulang ke Jepun untuk beraksi bersama Tigers pada 2003 sebelum mengumumkan persaraan selepas musim 2004. Irabu telah meninggal dunia selepas membunuh diri pada 2011.

Hideki Irabu

Strikeout 405
Purata peroleh larian 5.15
Rekod menang–kalah 34–35